Monday, 21 May 2018

KEK CHECKER UNTUK BONDA

Harini K. Mai nak share kek harijadi untuk bonda, yang K. Mai teruja sangat untuk membuatnya. Memang setiap tahun, setakat ini K. Mai tak 'miss' bakarkan kek harijadi untuk bonda. Tetapi tahun ini K. Mai cuba buat kek yang terbaik untuknya. 




Bonda tak suka kek menggunakan butter (mentega), jadi untuk kek khasnya K. Mai menggunakan margerine Naturel (margerin lebut). Alhamdulillah, menggunakan margerin ni, kek sangat sedap dan lembut. Baunya juga harum semerbak.


Bonda memang suka sangat kek marble. Jadinya, untuk memberi kelainan, K. mai buatkan kek checker tetapi masih menggunakan kek asas iaitu kek vanilla dan kek chocolate. Peralatan K. Mai terhad, yerlah K. Mai bukannye Bakers sangat, jadi kita guna apa saja tool yang boleh buat bulatan. Yang terpikir dikepala, set geometri ...ahaaaa....pinjam jangka lukis anak, dan lukid di atas kertas lukisan untuk membentuk bulatan.

Dengan rasa gigih dan kasih sayang, chewahhh..maka terjadilah kek checker untuk bonda tercinta.



SELAMAT HARIJADI BONDA, SEMOGA ALLAH SWT SENTIASA MERAHMATI BONDA DUNIA AKHIRAT, AAMINN...

No comments:

YOUR ALL TIME FAVORITE FOODS

PJJ ONLINE MYLASAGNE

PJJ??? Apa, biar betul ni Pn. Mai open untuk PJJ  # mylasagne ... Lasagne yang memang telah menangi hati ramai customer tu... Ehhh biar betu...